Print  |  Favourites

Jualan Eksport Meningkat Kepada 109 Mata

FMM in The News: Utusan Malaysia, March 2, 2017

KUALALUMPUR 2 Mac - Kajian yang dijalankan oleh Persekutuan Pekilang-pekilang Malaysia (FMM) dan Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) menunjukkan peningkatan dalam jualan eksport pada separuh kedua tahun 2016.

Pengerusi Jawatankuasa Penyelidikan FMM-MIER, Richard Wong berkata, jualan eksport pada tahun lalu amat menggalakkan apabila meningkat 10 mata kepada 109 mata berbanding 99 mata pada separuh pertama tahun yang sama.

“Kenaikan ini merupakan yang pertama melebihi 100 mata berbanding separuh kedua 2015 dan separuh pertama 2016. 37 peratus responden mengatakan jualan eksport mereka meningkat walaupun berdepan ekonomi global dan harga komoditi yang tidak menentu pada tahun lalu,” katanya dalam sidang akhbar pembentangan hasil kajian FMM-MIER di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Back to Top

Advertising Opportunities in FMM's Directories:
Copyright © 2017 Federation of Malaysian Manufacturers 
Wisma FMM, No 3 Persiaran Dagang, PJU 9, Bandar Sri Damansara, 52200 Kuala Lumpur.