Print  |  Favourites

Persekitaran Perniagaan 2017 Positif

FMM in the News: Utusan Online, February 22, 2018


KUALA LUMPUR 22 Feb. - Persekitaran perniagaan bagi sektor pembuatan untuk separuh kedua 2017 menunjukkan tanda positif dengan jumlah jualan, pengeluaran, kapasiti penggunaan dan pekerjaan meningkat selari dengan ekonomi yang bertambah baik.

Presiden Persekutuan Pekilang-pekilang Malaysia (FMM), Datuk Soh Thian Lai berkata, bagaimanapun, kaji selidik yang dijalankan FMM dan Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) mendapati kos pengeluaran adalah stabil tetapi masih tinggi.

Beliau berkata, unjuran bagi sektor tersebut dijangka terus positif dipacu oleh pertumbuhan perdagangan dan pelaburan hasil daripada pengukuhan ringgit.

"Ini dijangka dapt membantu meningkatkan ekonomi bagi separuh pertama 2018," katanya kepada pemberita pada sesi taklimat Kaji Selidik Persekitaran Perniagaan FMM-MIER di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Back to Top

Advertising Opportunities in FMM's Directories:
Copyright © 2017 Federation of Malaysian Manufacturers 
Wisma FMM, No 3 Persiaran Dagang, PJU 9, Bandar Sri Damansara, 52200 Kuala Lumpur. 
Read FMM Personal Data Protection Act Policy