Others

FMM Webinar on Sistem Taksir Sendiri Duti Setem Tahun 2026: Pelaksanaan & Pematuhan


Programme Details
FMM Webinar on Sistem Taksir Sendiri Duti Setem Tahun 2026: Pelaksanaan & Pematuhan

Pengenalan
Webinar Sistem Taksir Sendiri Duti Setem Tahun 2026 merupakan program komprehensif separuh hari (4 jam) yang direka untuk membantu pegawai Sumber Manusia (HR) dan Kewangan memahami proses utama, keperluan perundangan serta prosedur berkaitan peralihan kepada Sistem Taksir Sendiri (SAS). Program ini turut memberi penekanan kepada kepentingan penyimpanan rekod yang teratur serta tahap kesiapsiagaan audit selaras dengan keperluan pematuhan semasa.

Objektif Program

Pada akhir program ini, peserta akan dapat:

  • Memahami skop pematuhan duti setem yang diperluaskan di bawah Akta Setem 1949 dan Rangka Kerja Audit 2025

  • Memahami proses dan prosedur pengecopan duti setem secara manual dan dalam talian

  • Memperoleh pengenalan asas berkaitan Duti Setem dan Sistem Taksir Sendiri (SAS)

  • Memahami prosedur pelaksanaan Sistem Taksir Sendiri Duti Setem serta langkah-langkah pematuhan yang berkaitan

Penceramah
Pegawai daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) dan penceramah jemputan.


Maklumat Perhubungan
Ms. Florisa / Ms. Nelly / Mr. Leonard
Telefon: 088-447580
Emel: fmmsabah@fmm.org.my


Fee Details

FMM Members

RM 216.00 /person

Non-Members

RM 270.00 /person

Event Info
  • Feb 13, 2026
  • 8:00 AM - 12:00 PM
  • Zoom Online
  • Malaysia
Download Brochure

Have any questions? Enquiry now