Oleh itu, beliau berkata jabatan IT perlu menilai keserasian, status kemas kini dan mekanisme pengambilalihan tugas bagi sistem-sistem yang lama ini untuk mengelakkan ia menjejaskan kelangsungan operasi.
“FMM juga menggalakkan syarikat-syarikat untuk menjalankan latihan kelangsungan perniagaan secara berkala termasuk simulasi gangguan perkhidmatan awan, bagi mengenal pasti kerentanan dan memperkukuh kesediaan operasi mereka,” katanya.
Selain itu, beliau berkata FMM turut meminta penyedia perkhidmatan teknologi utama untuk memastikan komunikasi, kemas kini status jelas serta pengaturan pemulihan berkesan apabila berlaku gangguan yang menjejaskan perkhidmatan kritikal perniagaan.
-- BERNAMA
